Thursday, November 21, 2013


ENGLISH ITU MUDAH ditulis uniknya kerana semua penerangan diberikan dalam Bahasa Malaysia ,iaitu bahasa komunikasi seharian kita.Ini bagi memudahkan kita memahami fungsi setiap topik grammar tersebut.Setelah anda dapat memahami segalanya dengan jelas,barulah mudah untuk anda menguasai dan menggunakannya dengan yakin.Ingatlah bahawa asas itu penting untuk dikuasai.
Klik disini untuk info selanjutnya.
( Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia)

Sunday, September 8, 2013

Ajar anak anda perkataan baru melalui lagu ini...

OPEN SHUT THEM
Clap 7x
Stomp 7x
Dance 7x
Freeze.......

Open shut them 2x
Give a little clap,clap,clap

Open shut them 2x
Put them on your head.....

Open shut them 2x
Give a little clap,clap,clap

Open shut them 2x
Put them on your knee....

 
Clap 7x
Stomp 7x
Dance 7x
Freeze.......

Open shut them 2x
Give a little clap,clap,clap

Open shut them 2x
Put them on your ear.....

Open shut them 2x
Give a little clap,clap,clap

Open shut them 2x
Put them on your nose....

Ouch!....

Wednesday, September 4, 2013

Ajar Anak-Anak Menabung

“UMMI !! Nak basikal tu. nak sekarang jugak”.
“Duit belanja kita dah habis la papa. Nak lagi boleh tak?”.

Pening. Aduh pening. Situasi ini sering berlaku kepada majoriti ibu bapa sekarang. Anak-anak kecil sekarang makin pandai. Segala benda di depan mata semuanya mahu. Kalau tak ditunaikan nanti mengamuk satu rumah. Siap hentak-hentak kaki. Ada yang bergolek-golek atas lantai tanda protes.

Yelah, semua kawan-kawan dia ada. Anak kita seorang je yang tak dapat.

Ingat, walau sehebat mana pon anda merancang dan menjaga kewangan anda, kalau anda tidak mampu untk mendidik anak-anak anda untuk turut sama berjimat- cermat, kewangan anda pasti akan ‘lari’ setiap hujung bulan. Kerjasama dari pasangan dan juga anak-anak amat penting agar kewangan keluarga sentiasa stabil dan terancang.

“Dah macam-macam cara dah cuba nak didik budak-budak ni. Tapi masih lagi macam tu jugak !!”

crying kid i want that toy
Sebenarnya mendidik anak-anak menabung dan mengurus kewangan ni harus dimulakan dari kecil lagi. Bak kata pepatah melayu ‘meluntur buluh biarlah dari rebungnya’. Namun jikalau anak-anak itu sudah besar,tidak mengapa. Masih belum terlambat dan jangan berputus asa mendidik mereka!!

Antara tips yang boleh dikongsi disini ialah dengan berbincang dengan anak-anak apa yang mereka mahu beli. Contohnya, jika mereka ingin alat permainan yang bernilai RM 40, anda bolehlah kirakan duit yang perlu mereka kumpul untuk setiap hari dan beritahu mereka.

“Adik kalau nak beli mainan itu, Adik kena kumpul RM1 sehari untuk 40 hari. Nanti dapatlah adik beli mainan tu”.

Insya Allah cara ini berkesan .Kalau sesuatu barang itu agak mahal sangat, anda boleh lah berbincang dengan mereka untuk mencari alternatif lain yang lebih murah. Anda juga boleh minta mereka kumpul separuh atau suku sahaja dari harga barang tersebut. Selebihnya anda bantu.

Yakinlah, jika anda mendidik mereka dengan berhikmah, perubahan yang baik pasti akan berlaku. Dan banyakkan bersabar.

Selain itu, jangan sesekali lupa untuk berdoa. Doa ibu bapa itu kan makbul untuk anak-anak.

Tuesday, August 20, 2013

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Photo: MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

mari kita renung2kan...
Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

mari kita renung2kan...

How effective this is in guiding children towards better behaviour.

 
 ‘’No hitting!’’, ‘’We don’t swear in this house!’’, ‘’Don’t take the toy off your brother’’… These and more prohibitions are commonly used by parents to get their children to behave more responsibly. ‘No’, ‘don’t’ and ‘stop’ seem to be used more by parents when their children misbehave than any other words. This begs the question how effective this is in guiding children towards better behaviour.

There is nothing wrong with occasionally telling children to stop or to say no. Matter of fact, sometimes children can really use a firm ‘no’ or ‘stop’. The risk however lies in an over usage, or better said, over reliance, on such instructions for the following reasons.

1) When children hear ‘negative instructions’, i.e. instructions that communicate a prohibition often, they can become insensitive towards prohibitions when they really matter.

2) When children hear ‘negative instructions’ often, they can get the feeling that they are not allowed to do much… that they are restricted which can lead to a feeling of imprisonment. ‘I never get to do anything!’ such children think.

3) Children, especially young children, can have more difficulty with translating ‘don’ts’ to ‘do’s’, which can make it difficult to respond timely to parents’ instructions. This can give the parents a feeling that their children are willingly disobedient. This can lead to further anger and frustration.

4) When children know what they shouldn’t do (e.g. don’t hit), it doesn’t mean that they know what they should do. When mom tells Hassan that he shouldn’t take the toy off his brother, he might know that he needs to leave the toy in his brother’s hands, but he doesn’t learn what he can do to get the toy from his brother in a tactful, skillful and responsible way. A way in which he doesn’t get in trouble with his parents, his siblings or his peers. With other words; he doesn’t learn life skills. It would be much more constructive if Hassan was advised to ‘ask for the toy’. Asking for something is a life-long important social skill Hassan could benefit from.

Next time when your child misbehaves, take a step back and ask yourself: ‘’What do I need to teach this child to get what he wants, be it a toy, watching a cartoon or something else, in a more constructive way?’’ The answer is usually that he needs you to teach him how to do something in a better way instead of merely telling him what not to do.

Monday, August 19, 2013

Anakku hebat anakku soleh.

Buku yang banyak membantu ibubapa dalam usaha mendidik anak menurut Islam.Dapatkan hari ini juga di kedai buku yang berhampiran........

Sunday, August 18, 2013

10 Facts About Islam to Teach Our Kids


Respect and understanding are the foundations of any society, and part of that is religious tolerance. To better understand one another, it’s helpful for us to know a little about each other’s beliefs and views. In this article, we will look at 10 facts about Islam to teach our kids:
  1. Islam is an Arabic word meaning submission and obedience. It derives from a word meaning peace.
  2. The Islamic religion is based upon the Five Pillars: belief, worship, fasting, alms-giving, and pilgrimage, which guide their lives and their worship.
  3. Muslims pray, as one of the Five Pillars, at five specific times each day. This practice is known as salat.
  4. Muslims follow their holy scripture, known as the Qur’an, which they believe is the inspired word of God (Allah), as given by the Arc Angel  Gabriel to the Prophet Muhammad.
  5. Shahadah, or the Islamic  declaration of faith  states: “I bear witness that there is no god, but God; I bear witness that Muhammad is the prophet of God.” Reciting the Shahadah is how one enters the Islamic faith.
  6. In Islam, Muhammad is considered the last in a line of prophets who include Moses, Abraham and Jesus (Isa).
  7. It is an important distinction to make, particularly in these times, that because Islam is a faith, Muslims are a religious, and not a political, ethnic, or nationalist group of people.
  8. Scholarship and education are very highly regarded within the Muslim faith. Islamic students attend a religious school known as madrasah.
  9. Mecca is the birthplace of Muhammad, and so is considered sacred by Muslims. In the center of Mecca is a building called the Kaaba, the holiest place on earth for Islam. It is the direction of the Kaaba that Muslims pray five times daily.
  10. During the period of Ramadan, Muslims will fast during daylight hours. This is a time for worship, contemplation and the strengthening of family and community ties.

Friday, August 16, 2013

Ajar anak anda kaedah yang mudah ini..

Assalamualikum..buat teman-teman .

Alhamdulillah,kerana kita boleh belajar dan mengajarkannya kepada anak-anak kita, satu lagi kaedah yang mudah sekali iaitu mencari juzuk di dalam Al-Quran.

Contoh 1.JUZUK 6.Cara mencarinya.....no6 ditolak dengan 1 jawapannya 5.Kemudian jawapan 5 tersebut,kita darab pula dengan 2 jawapannya 10.Ok,jawapan 10 pula ,kita letak dibelakangnya no 2 .menjadi seperti ini 102.Maknanya juzuk 6 terlatak di mukasurat 102.

Contoh 2.JUZUK 9 pula.9-1=8. 8x2=16. letak 2 di belakangnya.menjadi 162.

Contoh 3.JUZUK 21. (21-1=20),(20x2=40),(40 menjadi 402)....

dan begitulah yang seterusnya...selamat mencuba....


Kelebihan Membaca Al-Quran





Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w.,

banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran. Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran
dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.
Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”
Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”
Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."
Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

Tuesday, August 13, 2013

Jom amalkan 10 tips kebahagiaan anak.



Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Ps.Istiqomah dalam melakukan sesuatu......



Sunday, August 11, 2013

Anak-anak umpama permata bagi ibu bapa. Kehadiran mereka pasti menceriakan rumah tangga pasangan suami isteri.


Namun, sejauh manakah anak-anak ini dapat menjadi penyejuk mata ibu bapa mereka? Sanggupkah kita melihat anak-anak menitiskan air mata kedua orang tua mereka?

Tahukah kita cara mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna, soleh dan cemerlang? Cukupkah dengan hanya menggilap kecemerlangan akademik semata-mata?

Buku ini sesuai dijadikan panduan untuk membentuk anak-anak cemerlang di dunia dan akhirat. Sesungguhnya tiada harta yang lebih bermakna buat ibu bapa melainkan anak soleh yang sentiasa berbakti kepada mereka.

Turut dimuatkan dalam buku ini kaedah mendidik anak menjadi cemerlang dengan menekankan pelbagai aspek seperti kesihatan, psikologi, akhlak, ibadah dan banyak lagi.Dapatkan buku tersebut di
http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=1008.

Friday, August 9, 2013

Tips Membentuk Anak Agar Mahir Membaca.



kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.

Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.

Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.

Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.

Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.

Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :

Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.

Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.

Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.

Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak
Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :

Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.

Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.

Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.

Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.

Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.

Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.

Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.

Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

Kesan tidak tahu membaca
Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.

Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.

0 hingga 2 ½ tahun

mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.

belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.

kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.

rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.

kosa kata berkembang sehingga 270.

2 ½ hingga 4 ½ tahun

peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.

terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.

perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.

kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.

pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus

bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.

mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

4 ½ hingga 7 tahun

perkembangan otak memasuki fasa terakhir.

kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.

corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.

mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.

Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Membantu kanak-kanak membaca
Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.

Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.

Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.

Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.

Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?
Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

Sunday, August 4, 2013

Perasaan Malu Bagi Kanak-Kanak.

Kanak-kanak sudah menunjukkan tanda-tanda malu sejak berumur empat bulan lagi. Rasa malu itu secara semulajadi semakin berkembang selari dengan tumbesarannya.

Telatah malu ini boleh dikesan bila dia bertemu dengan seseorang yang baru dikenali atau ketika dia menjadi tumpuan dan sebagainya. Kadang-kadang dia memalingkan muka, tersenyum simpul, menundukkan kepala atau menekup tangannya ke muka. Dalam situasi lain pula, kita perhatikan anak-anak ini petah dan ramah bila di rumah, namun senyap dan membisu bila didepan orang ramai. Semua ini adalah tanda-tanda perkembangan perasaan malu dalam diri anak-anak.

Sesetengah ibu bapa tidak menyedari hakikat perasaan malu yang mencengkam anak-anak ini, lantas tidak berusaha untuk mengatasinya. Hasilnya anak-anak itu menjadi pemalu tidak bertempat, tiada ketrampilan diri dan kurang keyakinan diri. Lebih malang lagi mereka menjadi pasif dan enggan bergaul dengan orang ramai. Sedangkan, sebagai seorang muslim dia seharusnya mempunyai keberanian dan keyakinan diri untuk berperanan membimbing dan memimpin masyarakat.

Malu itu iman
Tidak dinafikan bahawa malu itu adalah benteng yang dapat mengelakkan anak-anak dari melakukan maksiat. Bahkan perasaan malu dari melakukan maksiat itu adalah sebahagian dari iman.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: Malulah kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Para sahabat menjawab: Kami memang malu kepada Allah, wahai Rasulullah, alhamdulillah. Baginda berbicara lagi: Bukan itu yang aku maksudkan. Malu kepada Allah dengan sebanar-benar malu ialah: engkau memelihara kepala dan apa yang difikirkan, engkau memelihara perut dan apa yang diisikan ke dalamnya, engkau mengingati mati dan segala kehancurannya. Dan barangsiapa yang inginkan akhirat, dia tinggalkan perhiasan kehidupan, dan dia utamakan akhirat dari dunia. Barangsiapa yang melakukan sedemikian barulah dikatakan dia malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.”

Malu yang dimaksudkan di atas ialah malu dari mengingkari perintah Allah dan malu dari melakukan kejahatan. Ini bermakna, perasaan malu yang memang ada dalam diri anak-anak itu perlu dipupuk agar dimanfaatkan untuk menjaga maruah diri, menjauhi maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah. Namun malu itu, di samping boleh menjadi perisai kejahatan, ia juga boleh menjadi penghalang kebaikan.

Biar bertempat
Ibu bapa berperanan untuk membimbing anak-anak menggunakan perasaan malu dengan betul. Pertamanya, mereka perlu tahu bahawa malu itu boleh membawa kebaikan dan keburukan. Mereka perlu diberitahu bahawa ada tika mereka perlu malu dan ada tika mereka perlu membuang perasan malu. Batas-batas syariat perlu diajar, agar mereka boleh tahu mana malu kerana Allah dan mana malu yang semata-mata datang dari perasan.

Setelah itu ibu bapa perlu berusaha untuk mengikis perasaan malu pada tempat dan suasana yang tidak perlu malu. Contohnya, malu untuk berinteraksi dengan tetamu, malu untuk bertanya soalan dalam kelas, malu untuk memberikan pendapat, malu untuk menjadi imam, malu untuk menyertai pertandingan dan sebagainya.

Ibu bapa boleh mengikis perasaan malu dengan mendedahkan anak-anak bergaul dengan orang ramai sama ada rakan sebaya atau dengan orang yang lebih dewasa. Mereka perlu dibiasakan dengan tatabudaya dan adab bicara dengan tetamu dan orang yang diziarahi. Galakkan dia berinterksi dengan berani dan bebas. Selain itu ibu bapa perlu mendorong anak-anak agar mengambil bahagian aktif di selolah, baik dalam kelas mahu pun dalam aktiviti ko-kurikulum. Galakkan mereka bertanya soalan kepada guru, memberikan pendapat serta terlibat aktif dalam aktiviti sekolah. Jika berpeluang doronglah mereka menyertai pertandingan atau persembahan supaya mereka menjadi berani dan tidak malu.


Kisah Ibnu Umar
Dalam Sahih Bukhari terdapat satu hadis yang mengisahkan Abdullah bin Umar ketika dia masih kanak-kanak. Dia meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata dihadapan sahabat-sahabat: Sesungguhnya ada di antara pohon-pohon, sebuah pohon yang tidak gugur daunnya, dan itulah umpama seorang muslim, maka nyatakan kepada ku apakah pokok itu? Para sahabat masing-masing menyangka pohon itu adalah pohon yang terdapat di pendalaman. Abdullah bin Umar berkata: Saya telah mengagak di dalam hati saya bahawa pohon itu adalah pohon kurma, namun saya malu untuk mengucapkannya. Lalu para sahabat berkata: Beritahulah kami apakah pohon itu ya Rasulullah!. Jawab Baginda: Itulah pohon kurma!.

Abdullah bin Umar berkata dalam riwayat lain: Saya melihat Abu Bakar dan Umar tidak mengatakan apa-apa, maka saya tidak ingin mengatakannya. Apabila pulang, saya memberitahu bapa saya (Umar Al-Khattab) tentang apa yang saya fikirkan dalam hati saya tadi. Lantas, bapaku menjawab: Andaikata engkau menjawab tadi, sesungguhnya itulah yang aku lebih sukai dari mendapat unta merah!.

Nah, lihatlah betapa Sayyidina Umar amat menggalakkan agar anaknya yang masih kecil ini untuk berani menyuarakan pendapatnya. Demikianlah dorongan seorang sahabat besar kepada anaknya agar menjadi berani dan tidak malu



Si kecil yang petah

Terdapat satu kisah menarik pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menunjukkan kejayaan anak kecil mengikis perasaan malunya untuk berbicara di hadapan seorang pemimpin utama negara. Di awal pemerintahan Umar, satu rombongan dari Hijjaz telah datang untuk bertemu baginda. Rombongan itu menyerahkan tugas untuk bercakap mewakili mereka kepada seorang kanak-kanak yang belum sampai usia 11 tahun. Melihat hal itu, Khalifah Umar berkata kepadanya: Berundurlah engkau dulu, agar orang yang lebih dewasa tampil ke hadapan.

Maka berkatalah si anak kecil itu: Moga-moga Allah mengekalkanmu wahai Amirul Mukminin! Sebenarnya manusia itu dihitung dengan dua anggota yang paling kecil baginya: iaitu hatinya dan lidahnya. Jika Allah sudah mengurniakan si hamba itu lidah yang petah, dan hati yang kuat ingatan, maka sudah tentu dia berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, andaikata semua perkara diukur dengan umur, nescaya ada orang lain yang lebih berhak daripada mu untuk jawatanmu ini!.

Akhirnya Khalifah Umar Abdul Aziz akur kerana sangat kagum dan terharu dengan kebolehan salah seorang rakyatnya yang masih kecil itu. Lantas dia bermadah:

Belajarlah, kerna tiada manusia lahirnya berilmuDan si alim itu tidak sama dengan si jahil dunguSesungguhnya pemimpin yang gersang ilmu itu,Dipandang kecil bila dikelilingi mereka yang serba tahu.

Kisah di atas menggambarkan potensi yang ada pada anak kecil yang berjaya digarap dengan hilangnya perasaan malu. Sesungguhnya ia berlaku hasil didikan ibu bapa yang gigih melatih anak-anak supaya berani, berketrampilan dan tidak malu untuk melakukan perkara yang baik.

Kesimpulannya, ibu bapa yang mahukan anak-anaknya hebat, cemerlang dan memimpin masyarakat suatu hari nanti perlulah mendidik anak supaya tidak malu tak bertempat. Perasaan malu boleh dikikis dengan latihan dan pendedahan berterusan oleh ibu bapa. Usaha pendidikan begini penting bukan sahaja untuk kebaikan ibu bapa itu, bahkan juga untuk maslahah ummah yang memerlukan penggerak dan pemimpin ummah yang berkesedaran dan cemerlang.

Wednesday, July 17, 2013

Memahami Perubahan Anak-anak dan Beberapa Persediaan Untuk Menghadapinya (Siri 1).

Tanpa disedari, anda mungkin termasuk di kalangan ibubapa yang tidak benar-benar bersedia menghadapi perubahan diri dan perkembangan anak-anak.


Anak yang dulunya anda dakap buat kali pertama untuk diazankan, rupa-rupanya begitu cepat berubah dan membesar. Anda tentu masih dapat membayangkan perubahan anak anda iaitu daripada seorang bayi yang hanya tahu tidur dan menghisap susu, dia mula belajar bertatih dan berjalan, selepas itu tahu berkata-kata, dan kemudian pandai meminta itu dan ini.

Anda tentu masih ingat hari pertama menghantarnya ke sekolah rendah, kemudian membantunya menghadapi UPSR. Kemudiannya anda melihat dia membesar ketika di sekolah menengah dan seterusnya di pusat pengajian tinggi.

Hari ini mungkin dia sudah semakin besar dan mampu memandu kereta untuk pulang ke kampung anda. Rupa-rupanya bayi yang asalnya kecil itu telah membesar begitu cepat menjadi seorang remaja yang hebat, sehingga anda merasakan rindu untuk kembali mendokongnya sebagai bayi dan bermain-main dengannya seperti dulu.

Satu kehilangan?

Itulah hakikat fasa perubahan manusia yang perlu diakui oleh kita semua. Sesetengah ibu bapa melihat perubahan yang berlaku kepada anak-anak ini sebagai ‘kehilangan’ yang berlaku secara sedikit demi sedikit.



Mereka melihat, semakin anak itu membesar, semakin sedikitlah masa yang dapat diluangkan bersama-sama. Semakin anak itu membesar, semakin susah anak itu menerima pendapat dan arahannya. Semakin anak itu membesar, semakin sedikitlah peluang mereka dapat bermain-main dan bermesra dengan anak-anak. Itulah yang mereka rungsingkan.

Akibatnya, mereka secara tidak sedari cenderung untuk menafikan hakikat bahawa anak-anak mereka semakin membesar dari sehari ke sehari. Serta tidak bersedia menyesuaikan pendidikan anak-anak dengan tumbesaran mereka.

Bagi ibu bapa ini, mereka perlu difahamkan bahawa setiap perubahan dan perkembangan pada diri anak-anak adalah ketetapan Allah SWT.

Dia telah menjadikan manusia berubah-ubah mengikut fasa usia masing-masing. Allah berfirman, maksudnya: “Allah adalah yang telah menjadikan kamu dalam (keadaan) lemah, kemudian memberikan kamu kekuatan selepas keadaan lemah, kemudian menjadikan selepas kekuatan, keadaan lemah dan rambut beruban. Dia menjadikan apa yang Dia inginkan. Dan Dialah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.” (Surah Al-Rum, ayat 54)

Allahlah yang sebenarnya berperanan mengubah kejadian manusia ini dari kecil dan lemah hingga besar dan kuat, kemudian kembali menjadi lemah dan tidak berdaya. Peranan ibubapa pula adalah untuk memahami perubahan ini dan bersedia untuk mengadaptasi peranan mereka sebagai ibubapa sesuai dengan perkembangan fizikal, emosi, daya fikir dan jiwa anak-anak.

Pedoman Nabawi

Keperluan mendidik anak-anak mengikut perkembangan usia mereka adalah satu prinsip yang ditegaskan sendiri oleh Rasulullah SAW. Baginda memberikan gambaran melalui pendidikan solat yang merupakan pendidikan amali yang terpenting bagi seorang muslim. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat bila dia berumur tujuh tahun, dan pukullah dia jika enggan solat bila berumur sepuluh tahun, dan pisahkan antara anak-anak lelaki dan perempuan (bila mencecah umur sepuluh tahun).”

Secara umumnya arahan Baginda SAW itu menunjukkan bahawa umur tujuh tahun adalah umur yang sesuai untuk memulakan pembelajaran yang serius. Umur sepuluh tahun pula digambarkan sebagai umur yang sesuai untuk mendisiplinkan anak-anak dengan peraturan agama dan kehidupan. Kita diajar bahawa pada umur sepuluh tahun inilah anak-anak baru bersedia untuk dihukum melalui pukulan.

Baginda juga menggambarkan bahawa pada umur sepuluh tahun ini langkah pencegahan kecurangan dan maksiat perlu dilaksanakan. Rasa ingin tahu anak-anak yang sedang membesar itu boleh membawa kepunahan jika ibu bapa tidak menyediakan sempadan dan sekatan. Sebab itulah Baginda bertegas agar anak-anak dipisahkan tempat tidur bila mencapai usia ini.

Arahan Junjungan Nabi ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa peka dengan perkembangan usia anak-anak. Terdapat empat bentuk perubahan pada diri anak-anak yang kadang-kadang kurang diberikan perhatian oleh ibubapa.

Berikut adalah empat aspek perubahan anak-anak yang memerlukan keprihatinan ibu bapa.

4 aspek perubahan yang perlu diberikan perhatian:

Perubahan dari sudut pergantungan memerlukan perubahan kawalan ibubapa

Perubahan dari sudut kecenderungan memerlukan perubahan pendekatan mendidik

Perubahan dari sudut daya fikir memerlukan perubahan dalam komunikasi

Perubahan dari sudut pergaulan sosial memerlukan perubahan dalam berkongsi kasih

Dalam ruangan ini kami persembahkan dahulu gambaran umum persoalan perubahan anak-anak dan bagaimana menanganinya. Insyaallah dalam catatan akan datang kami akan membincangkan ssatu per satu empat aspek perubahan anak dan bagaimana menanganinya.

Selamat mendidik anak-anak.

Tuesday, July 16, 2013

Turn-Off Tips from TV-Free Kids




Enjoy this interview with two kids who don't watch TV. They're creative, bright, articulate, and curious about the world around them. Coincidence? Or cause and effect?

At the time of the interview, Lucy was 12 and in sixth grade. Her sister Maddie was 8 and in second grade.

Why do you think kids watch so much TV?

Lucy: They think there's nothing else to do.

Maddie: They think it's too cool and they can't think of other things to do. I don't know why they always get all those toys if they're never going to use them!

What things do you do that kids who watch TV don't have time for?

Lucy: Homework. Kids who watch TV don't do their homework.

Maddie: There's a guy in my class who never brings back his homework and he never does anything and he always watches TV.

Apparently TV doesn't just eat up work time, it takes up fun time, too.

Maddie: I like to read chapter books -- Pony Pals, Pony Camp, and Babysitter's Little Sister series.

Lucy: I like animals and ballet. I go to ballet class, and after school I like to go around the neighborhood and visit all the cats.

So who's missing something, the kids who watch TV or the kids who don't?

Maddie: The kids who watch TV are.

Lucy: Kids who watch TV can't ever have fun unless they're watching TV.

What activities do Maddie and Lucy recommend for kids who are going to turn off their TVs for a week?

Monday, July 15, 2013

Kongsi 10 tips mendidik anak :)

1. Konsisten dengan peraturan yang ditetapkan kepada anak-anak.

2. Apabila anak bercerita kepada anda, jadilah pendengar yang setia.

3. Bersikap jujur kepada anak.

4. Memperuntukkan masa berkualiti untuk bersama anak.

5. Pandanglah anak dengan penuh kasih sayang.

6. Berikan penghargaan setiap kali anak melakukan perbuatan baik (pujian, pelukan, ciuman dan hadiah)

7. Tenangkan anak anda setiap kali dia memerlukannya.

8. Hargailah permainan kesayangan anak anda.

9. Berbicaralah dengan anak anda.

10. Ajaklah anak bersembahyang berjemaah dengan anda.

Selamat Mencuba...

Sunday, July 14, 2013

PERANAN ORANG TUA DALAM PENANAMAN PENDIDIKAN NILAI BAGI ANAK DALAM KELUARGA MENURUT ISLAM



Pendidikan dalam keluarga sangat penting artinya bagi anak-anak, karena pendidikan keluarga merupakan pendidikan yang pertama kali diterima oleh anak-anak dan waktunya juga lebih banyak dan lebih panjang dibandingkan dengan pendidikan di sekolah. Pendidikan nilai yang harus ditanamkan kepada anak-anak dalam keluarga agar anak-anak kelak menjadi manusia yang berpribadi utuh harus bersifat menyeluruh, yang meliputi pendidikan jasmani dan kesehatan, pendidikan akal (intelektual), pendidikan psikologi dan emosi, pendidikan agama dan spiritual, pendidikan akhlak, dan pendidikan sosial. Metode penanaman nilai-nilai pendidikan dalam keluarga menurut Islam, khususnya dalam transformasi dan internalisasi nilai-nilai pendidikan kepada anak-anak agar anak menjadi manusia yang berpribadi luhur pada dasarnya mengacu kepada dasar-dasar yang ada dalam al-Qur’an dan As-Sunnah. Sedangkan realisasinya memiliki banyak variasi sesuai dengan situasai dan kondisi serta aspek mana dari pendidikan tersebut. Dengan kata lain, bahwa masing-masing aspek pendidikan itu memiliki metode yang berbeda-beda sesuai dengan tujuan yang ingin dicapainya. Kata-kata Kunci: Orang Tua, Keluarga, Pendidikan nilai, Anak